Jerebu Selubungi Keningau, IPU Cecah Paras Tidak Sihat Hari Ini
KENINGAU, 1 September 2026 — Penduduk Keningau berdepan keadaan berjerebu hari ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tidak sihat. Menurut kenyataan…

Apa yang perlu diketahui
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. Dalam keadaan ini, golongan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah pernafasan disaran mengehadkan aktiviti luar. JPBN Sabah turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan aktiviti fizikal berat, memakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar, minum air secukupnya dan mengelakkan pembakaran terbuka. Sabah Chief Minister's Office
Keningau kelihatan berbeza hari ini
Keadaan berkabus akibat jerebu turut menyebabkan jarak penglihatan kelihatan lebih terhad di beberapa kawasan sekitar Keningau. Gambar yang dirakam oleh penduduk hari ini boleh memberi gambaran lebih jelas tentang keadaan udara sebenar yang dirasai di lapangan. Penduduk dinasihatkan memantau bacaan IPU terkini dan mengikuti nasihat rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar serta pihak berkuasa kesihatan. Sumber: JPBN Sabah / Jabatan Alam Sekitar / METMalaysia.Subscribe to Kondingau
New articles straight to your inbox. No ads, no spam, and your address is never shared.



